Friday, November 30, 2007

PARTI NEGARA

Pada tahun 1951, Dato Onn meletakkan jawatan Presiden UMNO kerana UMNO menolak cadangan nya untuk membuka keahlian parti kepada semua kaum. Maka lahirlah Parti Negara. Ongah Baba yang menjadi penyokong setia Dato Onn turut meninggalkan UMNO. Selepas Parti Negara gagal, ramai yang menyatakan Ongah Baba tak sepatutnya meninggalkan UMNO. Kalau tidak beliau dah boleh jadi Menteri Besar Negri Sembilan dah.

Tunku Abdul Rahman mengambil alih jawatan Dato Onn dalam UMNO. Pada awal tahun 50an kerajaan kolonial mensyaratkan kemerdekaan hanya akan diberi kepada pimpinan kerajaan yang belbagai bangsa. UMNO memerlukan keewangan MCA, dan MCA yang kurang mendapat sambutan kaum Cina perlukan sokongan UMNO untuk mendapatkan undian. Beginilah permulaan Parti Perikatan (Alliance Party) dan mungkin juga budaya kronisma yang berleluasa sekarang.

Kami mula mengetahui makna perkataan komunis apabila bas Tong Foong dibakar dipenghujung Jalan Peel Avenue (Jalan Cochrane sekarang), tidak jauh dari rumah. Semuanya tak berani pergi tengok dekat dekat, hanya melihat asap tebal hitam dari jauh berkepul kepul naik keatas dari atap atap rumah berdekatan.

Pada October 6 1951, kami telah dikejutkan oleh Abah yang balik dari pejabat membawa berita yaitu, Sir Henry Gurney, British High Commissioner di Malaya, telah terbunuh dalam serang hendap gurila kominis keatas keretanya dalam perjalanan ke Fraser's Hill. 13 askar orang putih juga mati.

Pada Februari 1952, Lieutenant General Sir Gerald Templer tiba di Malaya sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Tugas utamanya ialah membanteras pengganas kominis. Beliau memahami hati rakyat dan turun kepadang sendiri untuk mendapat maklumat asli. Dan beliaulah yang pertama sekali menmanfaatkan polis Special Branch dalam kerjaya merisiknya. Pada beliau 'masa yang digunakan untuk merisik adalah masa yang tak pernah terbuang'. Isteri dan anak perempuannya banyak memberi masa mereka kepada pertubuhan Red Cross dan hospital hospital.

Di Tanjung Malim, pada bulan March 1952, satu pasukan polis telah meng-escort pekerja pekerja untuk membaikki paip air yang telah dimusnahkan oleh pengganas. Lebih dari 40 pengganas telah menyerang hendap mereka, dan 11 anggota patrol itu telah mati termasuk ADO. Senjata senjata mereka dirampas kominis. Sebelum ini Gordon Highlanders telah kehilangan 7 anggota ditempat yang sama.

Templer telah menghukum bandar itu. Sekolah dan kedai ditutup, perjalanan bas dihentikan dan perintah berkurung (curfew) berkuatkuasa 22 jam sehari. Bekalan beras diseparuhkan dari 5 kati sekepala seminggu kepada 3 kati. Dua kali beliau menghantar borang borang maklumat 'ZZ' untuk dijawab oleh tiap tiap rumah di Tanjung Malim dan hasil isinya diperiksa di King's House di Kuala Lumpur. Dua hari selepas itu Special Branch menahan 35 orang dan curfew diangkat. 3500 orang Cina masuk Home Guard dan diberi shot gun. Selepas itu bandar Tanjung Malim menjadibandar yang paling aman semasa dharurat. Templer telah menghadiahkan RM2500 untuk pengganas rank-and-file dan RM100,00 untuk pengganas berpangkat tinggi, dan beliau juga menghadiahkan pengganas yang menyerah diri sendiri dan juga mereka mereka yang membantu penyerahan diri ini.


PINDAH KE MELAKA


Persiapan hendak pindah ke Melaka berjalan dengan penuh antisipasi kegembiraan. Ramai jiran jiran kawan kawan naik dengki dengan kami kerana mereka mengatakan Melaka ditepi laut, jadi mereka ingat dan memberitahu kami yaitu rumah yang akan datang mesti lah ditepi laut juga. Waahh!! Best nya (bukan istilah dahulu). Hari hari mandi laut. Boleh naik sampan.



Beg beg kulit besar dan kotak kayu besar yang masih bertanda 'Southampton' yang Abah bawa balik dari England dahulu diisi satu persatu dengan barang barang yang jauh lebih banyak dari yang kami bawa pindah dari Rembau dahulu. Kain kain yang tak muat dalam beg diikat dalam buntir kain. Maka semua kain kain sarung dan pelikat digunakan untuk buat buntir. Yang tak bawa hanya katil dan almari kerusi meja PWD. Satu lori PWD besar penuh dengan muatan bermalam dengan drivernya tidur dirumah menunggu esok pagi pagi bertolak. Sungguh seronok rasanya hendak adventure esok hari ini, susah nak lelapkan mata.



Bertambah seronok dan happy sungguh esok harinya apabila Abang Bosa diberi peluang duduk dalam lori, mula mula ingatkan dibelakang dengan barang barang, tapi ditempat duduk depan sebelah driver. Tak apalah. Yang lain lain naik kereta Ongah Baba yang turut menghantar, atap kainnya dinaikkan dahulu, takut hujan.Ada cerita kelakar mengenai kereta Ongah Baba ini. Pintukirinya (kereta ini dua pintu) tak kuat kuncinya dan pernah pada suatu ketika dalam perjalanan dari Rembau ke Seremban Mak Ongah terjatuh keluar ketika corner apabila pintunya terbuka sendiri. Ada pula ketika lain Ongah Baba sengaja menggesel India tua yang naik basikal hoyong hayang mabuk dihadapannya tak mahu ketepi.